Anda bangga dengan bahasa kebangsaan kita? Anda menetapkan Bahasa Melayu sebagai pengantara pada telefon anda, perisian komputer anda, malah bahasa dan sari kata utama untuk siaran televisyen satelit anda.
Kemudian anda sedar mutu bahasa yang digunakan. Kenapakah yang sedemikian? Siapakah di belakang tabir terjemahan untuk Nokia, iPhone, facebook, Yahoo!, Google, dan sebagainya? Mungkin Google antara yang terbaik, tapi facebook dan iPhone… ah! Sungguh memualkan.
Tidak adakah badan rasmi yang memantau dan mengambil peduli hal-hal sebegini? Adakah setiap sumbangan kepada kemajuan Bahasa Melayu mesti dibayar rakyat? Kenapa begitu banyak manual peralatan dan perkakasan di negara ini datang dalam dua versi bahasa (‘simplified’ dan ‘tradisional’) selain bahasa kebangsaan, manakala Bahasa Melayu itu sendiri dibuat sambil lewa sahaja, malah kadang-kadang tiada langsung?
Di manakah Dewan Bahasa dan Pustaka dan apakah ini bukan salah satu peranannya?
Pandanglah ke Indonesia, apakah bahasa pertuturan kaum cina, india, dan ratusan etnik serumpun kita di sana? Bahasa Indonesia kan?
Pandanglah ke Thailand, apakah bahasa pertuturan kaum thai, cina, india, dan melayu di sana? Pasa Thai kan?
Pandanglah ke China, apakah bahasa pertuturan kaum Han dan Uighur di Xinjiang contohnya? Mandarin kan?
Apa mungkin kita akan mencapai 1Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan